cursor

Fruity Strawberry Heart

~~ anniversary ~~

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, April 26, 2011

~~ Kisah Kau dan Aku ~~


Add Video
Hari ni genap 4 tahun perhubungan aku, Norfarrahana Mat Zain dan Mohd Helmie Abdul Karim terjalin. Memang aku betul2 tak sangka jalinan hubungan kami boleh terjalin dengan begitu lama. 
Bila teringat balik perkenalan kami pada 4 tahun yang lepas memang cukup indah....Buat pertama kalinya aku dengan Helmie berjumpa di Kg Kelisar, Kelantan di mana ada program anak angkat (opkim) pada 15-17 Mac 2007....Kami memang la 1 UiTM tapi tak pernah jumpa atau terserempak pun. Tambah2 berlainan course..Aku Diploma Akaun dan dia Diploma Sains Komputer.


Ni la first gambar aku dengan dia..Kelakar kan...hik3 ;p


Tapi pada permulaannya, aku tak minat pun kat dia ni. Aku lebih minat pada orang lain...ahakks!! (syg..kalau awak baca part ni jangan marah yer..hik3)... Erm, biarlah aku rahsiakn je siapa yang aku minat tu..Lagipun cerita lama dan untuk suka2 je..Takde la serius mana pun (orang cakap jiwa remaja time tu..hihi) Lagipun masa tu, kawan aku yang suka kat Helmie ni..Takkan lah aku nak kacau daun kot..wahaha...Kawan aku (biarlah aku rahsiakn nama dia) bukan main berusaha nak tackle Helmie ni huhu..Tapi biar jela, aku tak kisah pun..Aku malas nak ambil tahu..
Tapi kan ntah macam mana si Helmie ni boleh ‘tersangkut’ dengan aku (yeke??wahaha)...Ada la satu petang tu masa main piring terbang kat padang, kami berborak2 dan main sama2...Lagipun aku 1 team dengn dia..Bila dah berborak2 dan berkenalan, kami pun tukar2 nombor phone..Macam mana la aku boleh bagi nombor telefon kat dia...Sebab aku ni susah sikit nak bagi nombor kat budak lelaki..Tu paasl aku ni ta ramai kawan lelaki sejak dari skolah lagi. Kalau tak silap aku budak laki yang mula2 aku kenal masa masuk UiTM Kelantan ni Helmieda n Fatah la. Tu pun masa masuk part 2. Masa part 1 memang la ada budak lelaki (3 org) dalam kelas aku tapi bertegur sapa pun tak sebab aku tak layan mana kaum berlawanan spesies ni..hua3. Tapi dengan Helmie ni aku selalu main mesej dengan dia. Kadang2 aku pun pelik kenapa aku mudah sangat layan dia ni dan rasa lain la wktu tu. Padahal aku tahu kawan aku yang minat dia dan tambahan lagi dia pun ramai peminat dalam UiTM tu.

Lagipun, baru setahun aku putus dengan ex aku. Nak lupakan ex aku dalam sekelip mata tu memang tak mudah tapi sejak hadirnya Helmie, dia dapat buat aku lupa pada ex aku tu...Dan aku dapat rasa hati aku pun berbunga2 dengan dia. Tapi bila kawan aku ni dapat tahu aku rapat dengan Helmie, dia dah tak tegur aku macam biasa dan aku tengok dia pun lain dengan aku. Kawan2 dia yang rapat dengan dia pun macam dah tak mesra dengn aku. Rasa sedih la jugak kan. Aku takde niat pun nak ambil Helmie dari dia. Kitorang cuma kawan2 je walaupun time tu dah bermulanya sesi kenal hati budi dan masing2 pun dah sedar rupa2 nya kami memang suka antara satu sama lain pun..hehe..Cuma tunggu masa jela yang menentukan waktu tu. Aku memang dah beritahu kat dia kawan aku yang minat dia dan dia cakap dia anggap kawan aku pun macam kawan je dan takde hati pun kat kawan aku tu. So aku nak cakap apa kan.

Ni gambar yang seterusnya.....Memang tak rancang pun nak pakai baju kuning sama2...Time ni masih berkawan dan jadi bahan usikan kawan2 la jugak..ngeh3 (**,)

Aku senang kawan dan kenal dengn Helmie. Hati aku pun rasa lain. Walaupun sebelum tu aku pernah 'bercinta', tapi aku tak rasa kasih sayang dan perasaan cinta tu dari ex aku (sebab aku tahu dia cuma nak permainkan aku). Tambahan lagi, kawan2 aku dah nasihat jangan mudah percaya pada ex tu sebabnya dia playboy a.k.a buaya darat.Kitorang couple pun cuma sebulan lebih je dan tak pernah keluar dating berdua. Waktu kitorang declare dulu, dia masuk matrik dan putus bila aku nak daftar masuk ke UiTM. So memang tak pernah keluar bersama..huhu.. Memang la orang cakap First Love susah nak lupa tapi aku rasa First Love aku dalam erti kata yang sebenarnya ialah dengan insan yang bernama Mohd Helmie Abdul Karim. (**,)

Ada la satu perkara ni yang buat aku betul2 terharu dengan ketulusan hati dia terhadap aku dan buat aku rasa yang dia ni memang serius dengn aku dan tak main2 masa dia berani sahut cabaran untuk call mak aku. Time tu dia luah dia suka kat aku dan rasa lain bila kenal dengan aku (waktu : 27 April 2007) dan aku cakap la tak percaya dan suruh dia buktikan. Dia cakap nak pergi rumah aku. Tapi aku pikir sapa2 pun boleh cakap camtu dan still tak percaya lagi. Then aku pun cakap kalau betul2 dia suka aku, aku nak dia call mak aku dan bagitahu kat mak aku tentang apa yang dia nak cakap kat aku tu. Biar mak aku tahu. Waktu tu aku saja je acah dia nak tengok dia berani ke tak. Memang tak sangka la dia cakap boleh dan mintak nombor mak aku. Terkejut giler gak aku dan aku pulak pikir2 nak bagi ke tak nombor mak aku ni. Nanti kalau betul apa la mak aku pikir nanti. Nak belajar ke nak bercinta???huhu (*,^)

Tapi aku bagi jugak. Mas tu kak Ej (kakak senior yang aku rapat masa tu) cakap bagi je dan kita tengok dia berani dan buat betul2 ke tak. Esoknya tu, pagi2 lagi mak aku call dan tanya kenal ke tak nombor ni 017*******,sebab ada orang call mak aku dalam pukul 1 pagi tapi mak aku tak angkat sebab dah tidur. Sah! Memang tu nombor Helmie tapi aku tak bagitahu pun..hehe..Then petang tu pulak mak aku call semula dan beritahu ada sorang budak lelaki call dan cakap dia kawan aku. Dia cakap dia suka kat aku dan nak kawan dengan aku kat mak aku.

Perrgghh! Memang berani mati betul dia tu! Tapi mak aku bagi nasihat la kat dia.. Mak aku dia tak kisah pun kalau kami nak berkawan asalkan pandai jaga batas-batas pergaulan dan yang penting utamakan dulu pelajaran..Mak aku siap pesan kat dia supaya jaga aku elok2, maklumlah aku pun jauh dari keluarga. Mak aku minta dia tengok2 kan aku kalau aku tak sihat..Aiseyyy, dah dapat greenlight dari bonda tercinta..Mak aku ni memang sporting orangnya..hehe...Masa tu aku memang betul2 rasa lain macam je. Terbitnya perasaan sayang dan macam2 lagi la kat dia. Sampaikan mak aku pun boleh cakap mak aku suka dia sebab dia berani plus gentleman...waduuss2..huhu..sejak dari tu aku pun rapat dengan Helmie dan rajin jugaklah study sama-sama di library (saja buat2 rajin..gitteww..haha)

Tapi biasa la kan..Sepanjang 4 tahun perhubungan kami, tipulah kalau takde badai dan ombak yang melanda. Kami pun macam pasangan2 lain yang pernah ada masalah,gaduh2 dan salah faham. Tapi bila adanya tu sume, sebenarnya ia lagi mengeratkan hubungan kami dan buat kami lebih matang dan belajar dari kesilapan masing2. Erm, pernah juga ada orang ketiga dalam hubungan kami, pernah ada orang masuk campur, pernah ada orang nak rosakkan hubungan kami dan buat cerita macam2 la..Tipu jugak kalau hati tak rasa goyah dan sedih. Tapi alhamdulillah la kami dapat atasi dengan baik.

Bila ingat2 balik memang seronok....Rasa macam nak kembali semula waktu mula2 kami kenal. Dah la macam budak2 lagi time tu..Masing2 masih unmatured,huhu..And bila di pikir2 pun aku rasa macam kisah kami ni boleh dibuat novel. Well, tak mungkin masa boleh diputar balik kan? Apa2 pun ia tetap menjadi kenangan terindah buat kami.Cuma sekarang aku berharap yang hubungan kami dapat bertahan lama dan kekal buat selama2 nya. Moga kami dijodohkan bersama dan ikatan kami berakhir dengan satu ikatan pernikahan. Aku berharap yang akulah tulang rusuk yang dicari2 nya selama ini dan dialah lelaki yang boleh aku jadikan tempat untuk berteduh. AMIN... (**,)

Semoga ikatan ini akan terus berkekalan dan aku akan terus menunggumu Mohd Helmie, sehingga tiba masanya kau menjadikan aku sebagai suri hidupmu. Aku sedia untuk berkongsi hidup bersamamu...... (^^,)

Apabila Lelaki Kehilangan Tulang Rusuk

WANITA : Siapa yang paling kamu cintai di dunia ini?
LELAKI : Kamu!!!
WANITA : Menurut kamu, saya ini siapa?
LELAKI : (Berfikir sejenak, lalu menatap WANITA dengan pasti)
Kamu, tulang rusukku.

Kerana Allah melihat bahawa Adam kesepian. Saat Adam sedang lena tidur,
Allah mengambil rusuk Adam dan menciptakan Hawa. Semua LELAKI mencari tulang
rusuknya yang hilang dan saat menemukan wanita untuknya, tidak lagi
merasakan sakit di hatinya…



Setelah berkahwin, pasangan itu mengalami masa yang indah dan manis untuk
sementara. Setelah itu, pasangan muda ini mulai tenggelam dalam kesibukan
masing-masing dan kelelahan hidup yang ada. Hidup mereka menjadi
membosankan.



Kenyataan hidup yang kejam membuat mereka mulai menyisihkan impian dan
cinta satu sama lain. Mereka mulai bertengkar dan pertengkaran itu mulai
menjadi semakin panas. Pada suatu hari pada akhir sebuah pertengkaran WANITA
lari keluar rumah. Saat tiba di seberang jalan, dia berteriak “Kamu tidak
cintakan saya lagi !!”.

LELAKI sangat membenci ketidakdewasaan WANITA dan secara spontan juga
berteriak “Saya menyesali perkahwinan ini! Kamu ternyata bukan tulang
rusukku !!”

Tiba-tiba WANITA terdiam, dan berdiri kaku untuk beberapa saat.



LELAKI menyesali akan apa yang sudah dia lafazkan, tetapi seperti air yang
telah tertumpah tidak mungkin untuk diceduk kembali. Dengan berlinang air
mata, WANITA kembali ke rumah dan mengambil barang-barangnya, bertekad
untuk berpisah. “Kalau saya bukan tulang rusukmu, biarkan saya pergi
Biarkan kita berpisah dan mencari pasangan sejati masing-masing”.

Lima tahun berlalu. LELAKI masih belum lagi berkahwin, tetapi berusaha
mencari khabar akan kehidupan WANITA. WANITA pernah ke luar negeri tetapi
sudah kembali. Dia pernah berkahwin dengan seorang asing dan bercerai.
LELAKI agak kecewa bila mengetahui WANITA tidak menunggu, sepertinya.

Dan di tengah malam yang sunyi, dia meminum kopinya dan merasakan sakit di
hatinya. Tetapi LELAKI tidak sanggup mengakui bahawa dia merindukan WANITA.

Suatu hari, mereka akhirnya bertemu kembali. Di airport, tempat di mana
banyak terjadi pertemuan dan perpisahan, mereka dipisahkan hanya oleh sebuah
dinding pembatas.

LELAKI : Apa khabar?
WANITA: Baik… Kamu sudah menemui tulang rusukmu yang hilang?
LELAKI : Belum.
WANITA: Saya akan terbang ke New York dengan penerbangan berikut. Saya akan
kembali 2 minggu lagi. Telefon saya kalau kamu berkesempatan. Kamu tahu
nombor telepon saya kan ? Tidak ada yang berubah.

WANITA tersenyum manis, berlalu di hujung lafaz “Selamat tinggal..”



Satu minggu kemudian, LELAKI menerima khabar WANITA adalah salah seorang
korban Menara WTC. Malam itu, sekali lagi, LELAKI meneguk kopinya dan
kembali merasakan sakit dihatinya. Akhirnya dia sedar bahwa sakit itu adalah
kerana WANITA, tulang rusuknya sendiri yang telah dengan bodohnya dia
patahkan.

Kita menempiaskan 99% kemarahan walau kepada orang yang paling kita cintai.
Dan akibatnya adalah penyesalan. Seringkali penyesalan itu datang
dikemudiannya, akibatnya setelah kita menyedari kesalahan kita, semua sudah
terlambat…

Kerana itu, jagalah dan sayangilah orang yang dicintai dengan sepenuh
hati. Sebelum mengucapkan sesuatu berfikirlah dahulu, apakah kata-kata
yang kau ucapkan akan menyakiti orang yang dicintai? Kira merasakan akan
menyakitinya, sebaiknya jangan pernah dilafazkan. Kerana semakin besar
risiko untuk kehilangan orang yang dicintai.

Jadi berfikirlah, apakah kata-kata yang akan dilafazkan sebanding dengan
akibat yang akan diterima?

Wallahulam…

Friday, April 1, 2011

~~ Sweetnyerr ~~

Sweet giler bila aku bacer citer ni...bestnyeeerrr...korg bace ar erk..... ;)



Bila aku teringat balik cerita nih..aku mesti tergelak sorang-sorang…

Alkisahnya…aku nih ditakdirkanlah kawin dengan sorang mamat nih..ntah dari mana la datangnya…mak aku yang suruh..dia kata budak nih baik la alim la pandai la..lepas tu terus kami kawin.

Masa first time kawin tu, memang kucar kacir gak arr rumah tangga kami..dan yang aku paling tak tahan tu dia memang selalu saja buat aku sakit hati…


Eiiiii…geramnya aku!!!

Mana taknya,aku basuh baju dia sekali la ngan baju aku..then lepas basuh..nak jadi cerita..ada lah plak baju dia yang turun warna melekat kat baju aku….haihhh..memang sakit hati…baju baru kot…mahal lagi!!! Then bila aku tanya dia..kenapalah tak bagitau aku yang baju dia ada yang turun warna..dengan slumber dia kata..

”Lah..awat tak tanya…”

Eiii..geramnya aku!!!

Selang beberapa hari, dia ada ajak aku pi shopping.Ok,fine..aku ikut jer la…weekend la katakan. Lepas tu nak jadi cerita, dia punyalah excited nak pi shopping..sampai aku kalih kalih belakang..HILANG!!..

Aku cari gak dekat dekat area situ kot kot ada tapi memang hampeh…Aku try call, tak angkat..call lagi pon tak angkat..huhh..tension betul!! Then, aku amik keputusan tunggu kat kereta jer..seminit,..lepas tu dua minit,… lepas tu….SEJAM KOT!! Huhh..memang sakit hati betul!! Then bila dia mai dekat kereta, aku tanya, pegi mana? kenapa call tak angkat??!! Yang aku tak tahan, dia dengan slumber jawab..

“Lah..gi shopping la sayang…owh..ada call ekk?? Alah..lupa nak bagi tau…terlupa bawa hanset..hehe..”

Eiiii..geramnya aku!!!!

Seminggu lepas tuh..dia kata teringin nak makan masak ayam berempah dengan masak lemak cili api.. ok..fine…aku masak jer…Tapi memang la aku nih tak la pandai masak sangat…tapi bolehlah klu setakat nak makan kan..aku hidang bagi dia makan…Masa first time dia suap kat mulut tuh…Aku bajet dia nak kata apa-apa..Tapi dia diam..Memang tak kata apa-apa pon sampai dia habis makan..Habis makan pon tak kata apa..


Aku pon confius…dia ni no respond..sedap ka tak?? Hmm..klu ikut aku la..orang yang masak ni la kan…aku rasa ok jah lah..tapi tak tau la orang yang makan nak kata apa..huhhh…..

Esok plak, time aku on the way nak balik dari tempat keje, kereta aku plak wat hal..tak boleh start..panik gak arr aku time tuh..malam dah nih..nak masuk Isyak dah…haihh..time aku balik keje lewat2 lah keta nak wat hal..then, aku call dia…

Yang aku tak boleh tahan tu..dia dengan slumber kata..

“Lah awat la call saya…call la mekanik…ingat call saya keta awak bleh jalan??….”

Eiii…geramnya aku!!!

Tapi…dia mai jugak lepas tuh…ada lah dia check apa ntah kt depan bonet tuh…dan lepas start…terus boleh…hmmm..dalam hati…aku kata,

“bleh la jugak mamat nih nak diharap…mekanik kecil-kecilan, janji free”…

Satu hari, dia ada bagitau yang dia kena pi outstation kat overseas. Dia kata pi kejap jah…2 MINGGU!!..hmm..aku memang no komen lah…dia nak pi buat keja dia…takkan nak kata tak boleh kot…keja arkitek…biasalah…busy la kot…

Tapi..memang agak sakit hati jugak lah..bleh dia lesap macam tu jah..lepas2 naik flight....kot2 la nak call bagitau dah sampai ka..ada kat mana ka…tapi memang hampeh!!..langsung dia tak call!! Kot2 la nak bagi emel ka..tapi memang tak dak…kosong inbox!!

Eiii…geramnya aku!!!

Pagi tuh..aku basuh baju…ok..sekarang aku dah taw dah baju mana yang turun warna…aku ambik satu persatu dalam bakul nak basuh..sampai la aku jumpa bungkusan misteri dekat bahagian bawah baju-baju tuh…jeng3..huishh..siap dengan surat lagi..

Suratnya berbunyi begini:


Kehadapan isteriku (cewahhh..),

Semoga berada dalam keadaan yang sihat sentiasa…jangan marah-marah ek..hehe..Saya bukannya apa…saja tulih surat nih..bosan…tak tau nak buat apa…hihi
Pertama sekali…saya nak bagi tau lah..mungkin awak tak kenal saya..tapi saya kenal jer awak…sejak awak darjah 6 lagi kot!! Haha..eh..awak tak ingat ka anak Pak Mail kawan ayah awak yang mai beraya kat umah awak time tuh??!! …Masa tuh..saya nampak awak dok main masak-masak kat belakang umah…hahaha…memang sangat lucu…saya nampak awak macam 'anak patung'..comel sangat…

Ishkk..awak ni..tak berasan ker??

Keduanya, sori la pasal hal shopping tuh..memang saja jer saya tak mau bawa hanset time tuh…hihi..takot terkantoi…yer la…saya pi cari baju awak kot!! Ingat baju yang awak kata terkena warna tuh?? Huh…memang tension..susah btul nak cari..memang patut la mahal dan memang patot la awak bengang satu hari…hihi…

Ketiganya, pasal ayam berempah dengan masak cili api yang awak masak…hmm…mesti awak bengang kan sebab saya no respond…huhu…sebab SEDAPPPP SAAANGAT sampai saya jadi tak terkata…Eh,saya makan dalam masa 5 minit ja kot..ikut jam dinding kat umah kita…

Ishkk..awak ni..tak berasan ker??

Keempatnya…time keta awak rosak…hmm..awak tau tak saya CANCELLLL appointment saya dengan klien penting dari overseas sebab nak pi kat awak??!! Lepas2 tuh..jenuh saya nak pujuk diorang balik…Tau tak saya langgar smua traffic light merah!! Baju saya basah dengan peluh masa saya sampai kat awak??

Ishkk..awak ni..tak berasan ker??

Tapi lepas saya tahu saya kena pi outstation kt overseas..saya lagi seronok…happy glerr..sebab saya tau awak mesti rinduuu kat saya kan..kan2?? Saya memang saja jer tak call awak…hihi…tapi saya ok jah…saya rasa saya dah sampai dah kot lepas awak baca surat nih…

“Wow,look at the Eiffel Tower!! Fuyoo!!! Cantik kot!! “

Hahahahahaaaaaaaa..jangan jeles..(^-^)

Last but not least…awak..awak jangan nakal-nakal ekk…sebab saya saaaaayang awak…

P/S: Try tengok sama x dengan baju awak yang rosak ari tu “bungkusan” nih…hihi

Love,
Suamimu

~~ Bila Kita Menjadi TUNANGAN Orang Tanpa Sedar ~~




Percaya atau x, kita boleh ber”tunang” tanpa sedar?? Yup, kita boleh bertunang tanpa kita sedar, bila seorang lelaki, berhasrat untuk mengambil seorang perempuan untuk dijadikan isteri. Eh, itu memang normal bukan? Tapi, yang anda mungkin x tahu, anda sebenarnya sudah bertunang bila situasi seperti berikut berlaku:

Lelaki menyatakan hasrat ingin menjadikan perempuan itu isterinya, dan perempuan itu bersetuju. Adakah dikira telah bertunang? Padahal tidak ada ibu bapa perempuan tersebut.

Pinang dari segi hukum fiqah, bererti pihak lelaki menyatakan hasrat berkahwin pada pihak perempuan. Itu dipanggil pinang. Bila perempuan menjawab setuju, maka jadilah perempuan itu tunang laki tersebut.

Situasi yang dianggap pinangan:


"Aku nak jadikan kamu sebagai isteriku"

"Kahwinlah dengan kita bila2"


Contoh:
"lelaki sebut dalam telefon, "I nak jadikan u isteri I lah"
Perempuan tersebut jawab, I sukalah, I setujulah, oraitt I’m fine, oklah, I redha atau apa2 yang menunjukkan dia suka dengan “pinangan” lelaki tersebut, maka ia sudah dianggap bertunang.

Jadi, bila dia dah jadi tunang orang tanpa sedar, bila ada lelaki yang meminang, hukumnya haram.




Kita orang melayu time nak tunang duk bawang rombongan 1 bas, bawak barang2 pinangan, itu sebenarnya adalah ADAT bukan dari segi hukum Islam. Dari segi hukum Islam, dah jatuh hukum tunang.

Persoalan ialah bila Ibu bapa xde. Mengikut hukum syarak, kalau perempuan itu sudah diizin pada syarak. Sebagai contoh, perempuan yang cerdik, yang baligh, yang blh berfikir, etc dia sudah dianggap bertunang.

Bila perempuan tu x menepati hukum syarak tersebut, contoh seperti x baligh lagi(baru darjah 3 mungkin), perempuan tu bodoh(x boleh berfikir), gila, dan sebagainya, makanya wali diperlukan untuk jawab “pinangan” tersebut.

Haaa, adakah anda ternganga bila tiba2 tau anda sudah menjadi tunangan orang tanpa sedar?? Haaa, ayokkk, x tau. Hehehe.

~~ Kerna Aku Wanita ~~


kerana aku wanita

pandangan Adam mampu tembus ke dasar hatiku
kerana aku wanita
ingin disayangi itu fitrah diriku

kerana aku wanita
mudah terpikat dengan keindahan akhlak seorang lelaki
kerana aku wanita
emosiku selalu mengatasi logik akalku

kerana aku wanita
air mata teman setiaku

kerana aku wanita
sensitivitiku terhadap sesuatu amat tinggi

DAN..

kerana aku wanita
aku damba pertolongan darimu Adam

peliharalah bicaramu denganku
jangan bermain kata denganku
takut rosak hatiku

kerana aku wanita
akhlakmu ukuran dimataku

peliharalah akhlakmu dan imanmu
jangan kau burukkan darjatmu pada mataku
takut rosak thiqohmu

kerana aku wanita
maka peliharalah susunan kata-katamu

kerana aku mudah terasa
namun aku bukan lemah
sekadar ingin kau tahu hati ini mudah tercalar

kerana aku wanita
peliharalah dirimu dari mencemuhku

saat titisan jernih mengalir dari mataku
kerana itu cara untukku
meluahkan perasaanku
supaya hatiku tenang kembali

kerana aku wanita
aku memang sangat peka

maka fahamilah kecerewetanku ada sebabnya..

kerana aku wanita..

~~ Untuk Bakal Teman Hidupku ~~

Untuk bakal teman hidupku,
bacalah...



Bakal teman hidupku,
Aku diamanahkan kepada kamu,Daripada bapaku sebagai wali,Kepada kamu sebagai suami.


Bakal teman hidupku,
Maafkan aku jika tak seperti yang kamu mahu,Maafkan juga segala tingkah laku ku,Kerana...Aku juga manusia biasa seperti kamu.


Bakal teman hidupku,
Ku pinta pada mu,Bimbinglah aku,Ke jalan yang satu,Jalan yang lurus walau jauh beribu batu.


Bakal teman hidupku,
Maafkan segala cacat celaku,Maafkan terkasarnya bahasaku, Maafkan segala salah silapku.


Bakal teman hidupku,
Hanya satu yang ku pinta darimu,Jagalah aku,Sayangilah aku,Dan...
Jujurlah padaku...