cursor

Fruity Strawberry Heart

~~ anniversary ~~

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, March 31, 2011

~~ Saya Telah Bertunang ~~

Saya telah bertunang..........................................


Ya......Betul...
Saya telah bertunang.

Telah bertunang dengan KEMATIAN, setelah puas membujang dengan NAFSU.
Akan berkahwin dengan AKHIRAT, setelah nekad menceraikan DUNIA....



~~ Untukmu Duhai Sahabat ~~

Nota untuk SAHABAT

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Terima kasih sahabatku untuk segalanya....
Memang benar kata hatiku, kau hanya tetamu hatiku yang datang dan pergi begitu sahaja.
Maaf andai kata aku tersilap mencongak pada nilai kejujuran dan berterus terang....
Sesungguhnya kau lah sahabat yang menunjuk jalan padaku tanpa sedarmu.

Duhai sahabatku,
Dunia kita memang berbeza tetapi hidup kita seakan sama....
Kita mencintai ilmu dan itulah yang mendekatkan hatiku padamu....
Aku dambakan perubahan positif dalam diri ini dan kita seiring sejalan mula berubah menjadi lebih baik...
Perubahan inilah yang dituntut kerana tiada manusia yang sempurna hidupnya...

Comel la kalau kucing betul2 leh buat macam ni..hehe

Kehidupan sederhana dan dilingkumi ukhuwah yang terbina menjadikan hidup sangat bermakna.
Terima kasih kerana menyedarkan hakikat silaturahim itu.
Malah kebahagiaan yang dicari sebenarnya tergumpal dalam hati melalui keimanan.
Iman yang memberikan sumber inspirasi untuk menjadi hamba-Nya yang bersyukur dan tidak putus asa.
Jika iman yang setipis kulit bawang ini tidak dijaga,
mungkin setiap insan akan tersasar dalam hidup hingga jauh daripada keberkatan Ilahi.
Jalinan ukhuwahmu membuatkan aku teringat pada bait-bait ayat ini;

"Duhai wanita, jagalah pandanganmu dan tundukkanlah hatimu dengan rasa keimanan yang teguh kepada Allah swt. Janganlah kau menyalahkan takdir atas perkara yang kau tidak sukai namun sebaliknya bersangka baiklah pada Tuhan sekalian alam. Mungkin apa yang disukai olehmu tidak menjanjikan kebaikan padamu dan mungkin yang kau tidak sukai itulah yang menjadi perkara terbaik bagimu."



Sahabat,
Dua dunia kita dunia yang berbeza, namun diikat dengan satu kata, UKHUWAH atau persaudaraan Islam.
Ada mulanya dan tiada penghujungnya,
seperti seutas tasbih yang diikat kerana kasih sayang dan diratib demi mencapai redhaNya.
Itulah kata-kata azimat yang akan ku pegang selamanya.
Ukhuwah yang didasari kerana Allah s.w.t akan menjadi suatu ukuran terbaik dalam perhubungan ini.
Maka aku berharap persaudaraan sesama Islam akan terus mekar tanpa henti.
Hal ini sangat bersesuaian dengan penjelasan nabi junjungan kita Nabi Muhammad saw iaitu:

"Di sekeliling Arsy terdapat mimbar-mimbar dari cahaya yang ditempati oleh suatu kaum yang berpakaian dan berwajah (cemerlang) pula. Mereka bukanlah para nabi atau syuhada, tetapi nabi dan syuhada merasa iri terhadap mereka."
Para sahabat berkata, "Wahai Rasulullah, beritahukanlah kepada kami tentang mereka."

Baginda menjawab, "Mereka adalah orang-orang yang saling mencintai, bersahabat, dan saling mengunjungi kerana Allah swt." (HR Nasa'i dari Abu Hurairah Radiallahu 'anhu)

yeahhh! kita terbang bersama!

Dengan itu walaupun kita sudah semakin jauh,
mengorak langkah menuju destinasi berlainan,
aku akan tetap menganggap dirimu sebagai SAHABAT TERBAIKKU...

Akhir kata, andai kita bertemu lagi...
janganlah kau kenang perkara yang tidak baik tentang aku..
tetapi kenanglah perkara yang INDAH tentang kita....

Apabila kita mulakan hidup baru...
itu tidak bermakna memori lama akan terhapus,
tetapi ianya akan menjadi sebahagian kehidupan kita yang hakiki.
Hakikat sebuah pertemuan yang manis dan akan kekal begitu....


Sahabat,
Apapun....
Ketahuilah diri ini amat menyayangi dan merinduimu...:'((((


~~ Dekat tapi jauh....Maafkan aku ~~

Maafkan aku................

Bismillahirrahmanirrahim........
Suatu ketika dulu
Kita pernah bertemu
Dan bercinta kerana Allah..
Dan takdir menjadikan kita terpisah
Kini kerana adanya medium maya
Ku kira kita mampu dekat semula
Dan hakikatnya kita memang dekat
Tapi...............
Kenapa kita jarang sekali saling menyapa
Kenapa aku merasakan seolah kehadiran ku tidak lagi bermakna
Kenapa seolah-olah tiada ukhwah lagi antara kita
Adakah kita sekarang terlalu berbeza???
Maafkan aku meluahkan apa yang terbuku
Maafkan aku,
Mungkin ini juga silapku
Atau sekadar prasangkaku
tapi kerana kamu akhwatku
Aku ingin kamu tahu
Aku sayang kamu
Namun jika andainya hadirku kini tidak lagi membawa erti
Atau aku sudah tidak diperlukan lagi
Maka izinkan aku membawa diri
Mencari diri dan kasih yang kian hilang...............

~~ Aku Menyesal Kahwin.............. ~~

Ini cerita aku.. Aku baru aje kawin, dengan pilihan mak aku. Aku tak penah kenal pun dia. Tapi mak punya pasal kan, aku terpaksa "follow" je la. Arghh, menyesal betul kahwin....
Kalau dulu masa belum kahwin, ikut suka aku saja nak tidur pukul berapa, nak bangun pukul berapa. Kadang-kadang sampai tengah hari tidur, sampai terlepas kuliah.... haha. Tak ada orang marah pun. Lecturer pun tak marah.
Tapi sekarang, nak tidur lewat sikit aje ada orang sound. "Jom la bang tidur...". Kalau tak bangun Subuh memang kena cubit peha la aku ni. Kesian kena buli..
Kalau dulu masa belum kahwin, ikut suka aku aje nak makan pukul berapa, nak makan apa. Boleh makan sedap-sedap, sebab beli di kedai.. Tapi sekarang, huhu.. Macam budak kecil aje, kena ikut jadual makan! Dah lah kadang-kadang dia masak masin lah, pahit lah.. Lepas tu kadang-kadang dia bagi aku makan sayur banyak-banyak. Tak makan nanti kecil hati pula, lepas tu tulis pada status facebook dia. Arghh, menyesal betul kahwin..
Kalau dulu masa belum kahwin, ikut suka aku aje nak "shopping" bila, kat mana, nak beli apa.. Kira berbelanja tanpa waswas lah. Tu yang shopping kejap saja melayang 2-3 ratus sekelip mata. Hohoho.. Tapi sekarang, nak pergi shopping je, dia dah siap dengan lis barang nak beli. Tak ada dalam lis, tak boleh ambil!! Dah lah berjam-jam pusing.. Leceh betul lah orang perempuan ni. Muka dia tak payah cerita lah, memang ceria je kalau masuk 'shopping mall'. Aku je yang muka 'tension'. Arghh, menyesal betul kahwin...
Kalau dulu masa belum kahwin, rambut aku ni macam-macam 'pesen' la boleh buat.. Ala Korea boleh, ala Carles Puyol (Kapten Barcelona) pun boleh buat, tak da orang 'sound'. Tapi sekarang, panjang sikit je kena 'sound'.. panjang sikit je kena 'sound'.. Dia kata tak 'hensem' lah, tak kemas lah.. Tak gunting nanti dia tak nak gosok baju aku pula. Haisshh.
Ade satu hari tu, masa makan di JUSCO, ada lah seorang awek comel melintas depan kami. Aku pun terpandang 'awek' tu tanpa niat (ikutkan tak berdosa la kan?..) ADEH!! Terus kena cubit peha aku dari bawah meja. Cemburu buta bini aku (mentang-mentang la aku 'hensem'..). Apa lagi, menjerit la aku kat situ.
Mahu nya tak kuat, satu foodcourt tengok kami, termasuk 'awek' tadi.. Arghh pertama kali kut rasa malu macam tu. Rasanya muka aku lagi merah dari sos cili atas meja (andaian) . Sakit wooo bini aku cubit. Huhu.. Kesian lah kat bakal anak-anak kami nanti. Haha..
Tapi yang 'bestnya', sekarang aku dah tak payah basuh baju, gosok baju sendiri.. Semua dah 'ready made'. Hehe. Bab-bab iron baju ni memang aku tak berapa suka. Kalau dulu masa belum kawin, sekali 'iron' baju, sebulan aku pakai. Haha. Malas basuh sebab tak nak iron lagi! (Oppss kantoi..). Lepas tu baju-baju bergelimpangan atas katil. Aku memang suka tidur atas kain baju ni (padahal malas kemas). Sekarang... hehehe.
Lagi yang best, masa aku demam ke, tak sihat ke, rasa diri ni macam dihargai je.. Yelah, kira ada orang 'take care' la. 'Total care' !! Hehehe.. Kalau masa belum kahwin dulu pandai-pandai lah bawa diri kalau demam. Huhu, ..
Lepas tu kan, sekarang kehidupan aku kira tersusun la.. Maklum la dah ade 'PA'.. Kalau banding dengan dulu, hmm.. tak produktif sangat la kehidupan aku. Sekali-sekali dia kejut aku bangun solat malam, kadang-kadang dia tegur kalau aku lama tak baca Quran.. Hmm sejuk hati ku. Maklum lah kita ni bukan malaikat, iman turun naik. Jadi kena ada yang tolong ingatkan. Ini lah pentingnya cari isteri yang solehah!


Buat isteriku yang comel dan tercinta
Terima kasih kerana marah kalau abang tidur lambat
Boleh lah abang bangun awal-awal pagi.. kita solat Subuh sama-sama..
Tapi kalau abang tak bangun juga,
'ayang' cubit je peha abang
abang tak kan marah..
Lagi abang sayang ada la..

Buat isteriku yang comel dan tercinta
Terima kasih kerana jaga makan minum abang
Tengok sekarang abang dah nak gemok da
Tak ada la kurus je macam mula-mula kahwin dulu..
Ke memang nak abang jadi gemuk ni?
Ayang takut orang lain berkenan kat abang ya?
Jangan bimbang atau ragu ok,
Cintaku hanya eksklusif untukmu sayang..

Buat isteriku yang comel dan tercinta
Terima kasih kerana tolong 'iron' baju abang
Sebab abang memang 'allergic' sikit bab gosok baju
Jangan risau la nanti abang gunting rambut..
Sekarang abang dah tak selekeh macam dulu
Rambut dah kemas, baju dah kemas, senyum memanjang
Hidup terurus, amal pun terjaga, badan pun berisi juga
Argghh, menyesal betul kahwin LAMBAT!!!
(cerita rekaan yang mungkin ada kena mengena dengan sesiapa)



Wednesday, March 30, 2011

~~ Wedding My Kazen...Abg Wafi & Kak Norlin... ~~

Pada hari Jumaat yang lepas, 25 Mac 2011 berlangsungnyer majlis pernikahan sepupuku, abg wafi...Hari Jumaat tu aku keje tp aku amek half day je sebab nak tengok abg wafi aku kawen la & berjumpa dengn family tercinta...Kami bertolak dari umah bapa saudaraku di Bangi lebih kurang dalam pukul 5 lebih dan sampai di rumah pengantin perempuan dalam pukul 6 petang kat Serdang...Alhamdulillah dengan sekali lafaz, abg wafi sah menjadi suami kepada Kak Norlin. Syukur semuanya berjalan dengan lancar dan dipermudahkan Allah SWT. Semoga jodoh mereka berkekalan hingga ke akhir hayat..Amin3...



                                                  Ni masa penyerahan wang mas kahwin


Then kita pergi pulak pada hari majlis perkahwinan sebelah pihak lelaki iaitu pada hari Ahad....Masa ni buat kt dewan tapi rasa suasana tu macam dalam hotel...Agak mewah jugak la dan bertemakan putih plus purple...Sangat2 shantekkk!!!hehehe...



          Haaa.....Ni la suasana dalam dewan tu...Pelamin kat depan...cantik kan



                                                               Ni pemandangan dari atas



Ni orang ramai tengah berpusu-pusu mengambil makanan...Mak sedara aku ambil katering...Nasi beriani dan banyak juga la lauk-pauknya...Yang paling best AYAM GOLEK..huhu..Banyak pulak tu...Kiranya sorg boleh ambil dalam 5 ketul....Naik lagi la berat badan aku time ni..huhu ;'(





Yang ni pulak bahagian kuih-muih, bubur kacang, cendol dan aiskrim yang kita akan makan sekali dengn tapai pulut..Memang sedaapp...yummy..yummyy... (^,*)




Dalam pukul 2pm pengantin pun sampai....Diiringi geng2 motor besar (kwn2 abg wafi)



                                                    Ni dah berarak masuk dalam dewan



                                                       Pengantin makan beradab dulu


Time ni dah ramai giler orang...Aku yang jadi penyambut tetamu pun memang letih la..Makan pun tak sempat..Dalam hati berdoa je jangan la habis makanan tu..Kalau tak memang  sedih dan kempunan la..Dah la julung2 kali ada saudara wt mjlis kahwin besar-besaran camni..hukhukhuk

         Masa ni pengantin tengah bersanding di atas pelamin yang cantik gittewww hehe



Haa...ni la keluarga abg wafi.....Pak cik aku yang duduk atas kerusi pengantin tu dan merangkap abg mak aku...Aku panggil Wak Limi dan wife dia Wak Ani...Abg Wafi yang sulung (26 tahun)...Then Zaki (sebaya aku,23 tahun)...Pastu Syafikah (21 tahun) dan yg bongsu Sakinah (18 tahun)....





Hehehe.....Gambar ni biasa la...Aku pun nak kena interprem gak..kuikuikui....



Ni gambar ramai2....Keluarga sebelah mak aku dan sebelah mak saudara aku.....Tu yang ramai tu...tapi tak semua la msuk..Kalau tak,boleh runtuh stage tu..hehe...Tapi aku dengan Acik Ayu tak join pun time ni...Semua pelik dah kenapa kitorg si Ayu 'kecik' dan si Ayu 'besar' tak msuk dalam pic ni..hahaha..Sebabnya aku dengan acik tengah 'melahap' time ni..Laporrr weiiii.....Dari kul 11am kitorg bertugas dan dalam pkul 4pm baru dapat makan....So kitorg malas la nak pi naik atas tu...Rela MELAHAP lagi...Acik aku pun cakap,pedulikan aje diorang...huahuahua....yang penting kenyang...Ayam golek pun ada banyak lagi...Apa lagi, duk 'meratah' je kitorg ni...Acik aku cakap tak jadi diet dia...Lepas ni baru mula operasi diet...Ntah pape je acik aku yang sorang ni...Dari dulu2 tak pernah2 jdi die punye operasi diet die tu..hahahaha....Smpai aku kalau jumpa dia memang kena makan..WAJIB..hahaha...Nak kenal ke acik kesayangan aku tu?? Takpe2..Jap lagi kat bawah ni ada pic die...Die ni sama je dengan aku...Pantang jumpa kamera pasti nak bergambar...


Sampaikan acik cakap nak berkepit dengn aku je time ni..Sebabnyer si Zaki ni cameraman abg wafi ni kahwin...Die cakap kompom si zaki akan fokus dan banyak ambik gambar aku nanti..Tu pasal die nak duduk dekat aku...Ika,Ina dan yang lain2 pun camtu jugk..Hampagas betul..Saja je nak gosipkan aku..hahaha...Nak buat cmne kan, aku dengan Zaki memang baik sejak dari kecik lagi..So biasa la tu kan..ngeh3 (~~")



Yang ni mak aku....Aku kat tengah dan taaaddaaa...Ni la acik Ayu aku....Muka sama tak??Ada orang sampai ingat acik ni mak aku...Marah betul dia time tu...Kalau kakak ngan adik dia cakap takpe lagi...hahaha..Sabor yer acik.. (*,^)





Tengok la acik dengan mak aku tu posing bukan main lagi..huhuhu




Jeng..jeng...jeng...Aku dan pengantin perempuan...Kak Norlin...Ramai giler cakap muka aku dengan Kak Norlin sama..Yeke?? Try tengok betul2...Sampaikan budak2 kecik a.k.a adik2 sepupu aku semua cakap ' eh..nape akak ayu ada kt ats tu??'...........Diorang semua pelik..hahaha....Lawak2...Tu yang abang Juan (sepupu aku) nak ambil gambar kitorang berdua je sebab nak banding2 kan muka kitorang...Ni la gambarnya....Aku tengok takde pun samanya..kan..kan..kan..hehe...tapi bila akak2 opis aku tengok..Diorang pun cakap muka aku ada iras2 ngan kak Norlin..Diorang teka kak Norlin ni sepupu aku...Padahal bukan..kihkihkih...Macam2 la..Itu tanda jodoh diorang kuat kottt..hehe..AMIN...



Haa.........Ini la cousin aku yang rapat jugakla dengan aku.Maklumlah dah sebaya kan..Muhammad Zaki bin Salimi...Itulah nama yang diberi =)
Erm...Ni dengan Ina..Adik Zaki yang bongsu...Ni Zaki ambil gambar....Sakit anak tekak aku duk mendongak..hehehe



Tapi apa2 pun..wedding cousin aku ni memang bestttt.................Meriah dan happy la dapat berkumpul rmai2... (**,)

Tuesday, March 29, 2011

~~ Hanya Awak Di Hati Saya ~~




....AWAK....
hati saya tak pernah dimiliki sesiapa..
tapi sejak awak hadir dalam hidup saya..awak berjaya mendapatkan hati saya..
saya tak pernah sangka saya akan jatuh cinta juga akhirnya..
dan Alhamdulillah lelaki itu adalah awak..lelaki idaman saya..putera impian saya..
awaklah cinta pertama saya..insyaAllah..juga cinta terakhir saya..
saya terima awak..
insyaAllah...saya yakin awaklah yang terbaik...
awaklah lelaki yang akan membimbing saya..awaklah lelaki yang sudi terima kekurangan saya...
sudi menjaga dan menghormati saya.
lelaki yang memelihara kehormatan saya..dan ingin mendapatkan cinta yang suci dari saya..
akhirnya saya sedar..awak memang yang terbaik..
lelaki yang terbaik yang diciptakan untuk saya...
...saya terima cinta awak...


~~ Hati Ini Merintih ~~



Di atas hamparan sejadah suci
Hamba menadah kedua telapak tangan ini
Bagi memohon keampunan dan rahmat dariMu
Agar diberikan hamba hidayah serta taufiqMu
Supaya tidak tersimpang hamba dari jalanMu…


Hati hamba merasa hambar dan sunyi
Tanpa iman dan semangat taqwa dalam hati
Jiwa hamba kosong dan takkan berisi
Melainkan dengan redha Yang Maha Mengetahui
Yang menemukan hamba dalam bingkisan restu Yang Maha Mengasihani…


Saat tasbih mengisi ruang kosong di jari-jari
Mulut dan hati hamba bersatu berzikir mengingat ILAHI
Jiwa hamba terisi dengan munajat di malam hari
Diri ini hamba abdikan buat Pencipta langit dan bumi
Moga dosa-dosa lampau dapat dihapusi dan diampuni…


Kening ini hamba rapatkan di atas hamparan murni
Sujud dahi hamba mencecah ke bumi
Tanda syukur hamba akan kebesaran ILAHI
Tidak terukur nilai cintaMu yang tinggi
Tidak terhitung nilai kasihMu yang bertambah setiap hari…


Ya Rabbul Izzati…
Sudikah Kau menerima cinta hamba yang hina dengan longgokan dosa ini??
Semoga keampunan mendapat tempat untuk hamba yang sering lupa diri
Semoga rahmatMu sentiasa hadir menemani
Agar kehidupan duniawi dan ukhrawi hamba diredhai …


Hamba amat mendambakan cinta dariMu
Hamba juga mengharapkan pertemuan denganMu
Diri hamba ini dahaga akan belaian kasihMu
Hamparan sejadah suci hamba buktikan padaMu
Sujud cinta hamba hanyalah untuk Tuhan yang berkuasa di atas segala sesuatu…

Aku selalu mohon pada Ilahi agar aku mendapat jodoh dengan insan pilihanNya. Aku ingin cintaku dekat denganNya. Aku ingin mendapat bimbinganNya dalam melayari kehidupan bahagia yang ku idamkan.

Dalam mencari sebuah hikayat cinta
Hati yang tulus murni amat sukar ditemui
Sukar mencari jiwa yang menerima seadanya
Cinta manusia hanyalah pinjaman di duniawi
Cinta ILAHI jualah yang kekal selamanya
Hanya insan terpilih akan memiliki cinta sejati di uhkrawi…


Hadirkanlah dalam cerita hidupku
Seorang insan bernama teman
Yang sentiasa berada di dalam doaku
Bersama diriku menempuh onak perjuangan
Rela sehidup semati dalam pimpinan agamaMu
Agar dapat merasakan kemanisan iman…


Temukanlah aku dengan cinta yang mencintaiMu
Cintakanlah hatiku dengan cinta yang merindui syahid fisabilillah
Bukan cinta yang berlandaskan hawa nafsu
Kerana syaitan akan menjadi pemisah
Antara cinta hakiki dan cinta palsu
Yang hanya menyebabkan hati terbelah dan berpecah…


Berilah hatiku kekuatan dan ketabahan
Dalam mencari cinta seorang insan
Bersenjatakan kekebalan iman
Berperisaikan doa dan kesabaran
Dalam mengahadapi dunia yang penuh kepura-puraan
Menjadi sebuah permainan hidup yang mensia-siakan…


Satukanlah hatiku ini dengan sekeping hati murni
Yang membawa aku ke arah jalan kebenaran ILAHI
Yang bisa menjadi bukti lafaz cinta suci
Pada pandangan ALLAHURABBI
Agar berkekalan hingga ke syurga abadi
Dan berbahagia di taman indah firdausi…


Bisakah dicari dalam dunia yang fana' ini
Seorang teman hidup idaman hati
Yang memiliki keteguhan iman yang tinggi
Dan mempunyai hati yang tulus suci
Serta kaya dengan budi pekerti dan akhlak terpuji
Dalam menghulurkan cinta sejati???
Semoga cinta yang sejati akan ku temui
Semoga hari itu akan menjadi saksi
Pertemuan dua hati murni di hadapan ILAHI
Di depan pintu gerbang syurga hakiki dan abadi…


O' Allah forgive us for not being thankful towards you in the manner in which we should be thankful towards you.

~~ Jangan Mencari Yang Terlalu SEMPURNA ~~



Jika kamu memancing ikan……
Setelah ikan itu terlekat di mata kail……
Hendaklah kamu mengambil ikan itu……
Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula kedalam air begitu sahaja…….
Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya……
Ketajaman mata kail kamu & mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup……

Begitulah juga……

Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang ……
Setelah ia mulai MENYAYANGI kamu……
Hendaklah kamu MENJAGA hatinya……
Janganlah sesekali kamu terus MENINGGALKANNYA begitu saja……
Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu……
dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia masih mengingati kamu……

Jika kamu MENADAH air biarlah berpada……
Jangan terlalu berharap pada takungannya dan menganggap ia begitu teguh……
Cukuplah sekadar untuk KEPERLUANMU sahaja……
Kerana apabila ia mulai RETAK ….tidak sukar untuk kamu menampal dan memperbaikinya semula……
Dan bukannya terus dibuang begitu sahaja……

Begitulah juga……

Jika kamu sedang memiliki seseorang…. TERIMALAH dia seadanya……
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan mengganggapkan dia begitu istimewa……
Anggaplah dia manusia biasa……
Kerana apabila dia melakukan KESILAPAN …. tidaklah sukar untuk kamu MEMAAFKANNYA dan MEMBOLEHKAN hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhir hayat
Dan bukannya MENGHUKUMNYA dan MENINGGALKAN dia begitu sahaja kerana kamu merasa terlalu kecewa dengan sikapnya
Lalu semuanya akan menjadi TERHENTI begitu sahaja……

Jika kamu MEMILIKI sepinggan nasi……
Yang kamu pasti baik untuk diri kamu……
Yang MENGENYANGKAN dan BERKHASIAT ……
Mengapa kamu berlengah lagi? Cuba mencari makanan yang lain……
Kerana terlalu ingin mengejar KELAZATAN ……
Kelak, nasi itu akan BASI sendiri dan kamu sudah tidak boleh menikmatinya lagi……
Kamu akan MENYESAL ……

Begitulah juga……

Jika kamu telah bertemu dengan seorang INSAN ……
Yang kamu pasti boleh membawa KEBAIKAN kepada dirimu……
MENYAYANGIMU …. MENGASIHIMU ….dan MENCINTAIMU ….
Mengapa kamu berlengah lagi?
Cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain……
Terlalu mengejar KESEMPURNAAN ……
Kelak, dia akan BERJAUH HATI dan kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain……
Kamu juga yg akan MENYESAL dan tidak ada gunanya lagi……

Oleh itu janganlah kita terlalu mengejar KESEMPURNAAN kerana ia bukanlah faktor utama KEBAHAGIAAN yang sempurna, sedangkan jika kita boleh memaafkan KESILAPAN orang yang kita sayang dan akur dengan KELEMAHANNYA sebagai manusia biasa serta BERSYUKUR dengan apa yang kita sudah MILIKI …kita akan BAHAGIA, BAHAGIA dan terus BAHAGIA …itu lebih BERMAKNA !

"Begitu hidup ini tiada yang abadi yg patah Kan tumbuh yang hilang Kan berganti, namun yang berganti tidak mungkin sama seperti yang hilang"

Mengenali seseorang itu, kadangkala membuat kita ketawa, mengenali seseorg itu juga kadangkala membuat kita mengalirkan airmata… sesunguhnya, mengenali seseorang itu mampu memberi kita sejuta rasa marah, sedih, gembira, sayang dan rindu.. tapi, sedarilah kita… mengenali seseorang itu sebenarnya adalah 1 Anugerah… biarpun hadirnya hanya seketika & Sekadar teman Sementara… bersyukurlah dengan kehadirannya. . .. kerana barangkali melaluinya kita mengerti apa itu erti PERSAHABATAN. …



Monday, March 28, 2011

~~ Andainya Lelaki Tahu dan Andainya Kau mengerti ~~




Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.Andainya lelaki tahu..Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.Andainya lelaki tahu..Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih menganggap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.


Andai lelaki tahu..Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik...



Andai lelaki tahu..Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.Andai lelaki tahu..Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan .


Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda...


Norfarrahana & Mohd Helmie


Semoga berkekalan ikatan kita....AMINNNN..... (**,)