cursor

Fruity Strawberry Heart

~~ anniversary ~~

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, March 31, 2011

~~ Dekat tapi jauh....Maafkan aku ~~

Maafkan aku................

Bismillahirrahmanirrahim........
Suatu ketika dulu
Kita pernah bertemu
Dan bercinta kerana Allah..
Dan takdir menjadikan kita terpisah
Kini kerana adanya medium maya
Ku kira kita mampu dekat semula
Dan hakikatnya kita memang dekat
Tapi...............
Kenapa kita jarang sekali saling menyapa
Kenapa aku merasakan seolah kehadiran ku tidak lagi bermakna
Kenapa seolah-olah tiada ukhwah lagi antara kita
Adakah kita sekarang terlalu berbeza???
Maafkan aku meluahkan apa yang terbuku
Maafkan aku,
Mungkin ini juga silapku
Atau sekadar prasangkaku
tapi kerana kamu akhwatku
Aku ingin kamu tahu
Aku sayang kamu
Namun jika andainya hadirku kini tidak lagi membawa erti
Atau aku sudah tidak diperlukan lagi
Maka izinkan aku membawa diri
Mencari diri dan kasih yang kian hilang...............

No comments:

Post a Comment