cursor

Fruity Strawberry Heart

~~ anniversary ~~

Daisypath Anniversary tickers

Sunday, April 10, 2016

Barang-Barang Baby - My Baby Boy

Assalamualaikum,


Bila kandungan dah masuk 6 bulan, slow-slow aku dan hubby start beli keperluan baby. Beli sikit-sikit dan takde la kelam kabut sangat nanti. Excited tu memang la excited kan tambah-tambah bila dah tahu yang kami akan dapat baby boy. Tapi kami still beli baju-baju Unisex punya dan kaler yang pelbagai. Bukan apa, untuk adik-adik dia jugak nanti (ececece, planning nak ramai anak ni weh..haha)

Untuk makluman, Incik Hubby aku ni memang peminat tegar Doraemon. Dia beli barang-barang untuk hero dia ni semua berasakan Doraemon. Dari tilam baby sehinggalah baju, topi, selimut dan macam-macam lagi lah. Barut pun dia beli Doraemon punya jugak taw beserta sekali dengan mandian..aduuiii la..masakkkk hahaha...

Haaa...Tengok..Tengok...Semua Doraemon..huhu

Sampaikan mak dan ayah aku cakap "Kakyu punya laki ni macam budak-budak. Habis anak jadi Doraemon"..hehehe.. Tapi bila belek dan tilik-tilik, comel jugak Doraemon pun..heahaha..

Comel kan.. Nanti anak aku minat Doraemon jugak la jawabnya huhu

Macam-macam nak beli untuk anak yang bakal lahir nanti. maklumlah, anak first. So, perasaan dia tu lain macam sikit. EXCITED!!!! Tambah-tambah anak kami yang bakal lahir nanti merupakan cucu sulung belah laki aku dan juga aku. HERO pulak tu. =)

Yang ni MY BFF yang belikan. Ada color pink tak tahan tu, hehe
Cari beg color merah/biru/purple..Tapi semua xde stok. So, ambik jela coklat pun..huhu
Yang ni dah siap dibasuh.
Turut beli 10 botol susu untuk dibuat stok EBM..Harap-harap Istiqamah..huhuhu
Antara pakaian yang dibeli

Itulah antara barang-barang keperluan baby yang kami beli. Ada lagi tapi tak snap pic..hehe.. 

Ok, lah.. Cukup di sini sahaja entry kali ni. Tiba-tiba datang mud mengantuk pulak..So, tak banyak sangat bercerita kali ni. Sekadar upload pic barang-barang dan baju baby sahaja.

Nak rest dan tidur jap.... ZzzZZzzZzzz..

jumpa lagi di next entry...Wassalam =)







Pengalaman Mengandung Anak Pertama

Assalamualaikum,


Alhamdulillah again and again untuk nikmat yang tidak terhingga yang diberi oleh Allah SWT ini. Siapa sangka aku berkesempatan untuk menikmati dan merasai keindahan mengandung ini? Sungguh aku mengakui kebesaran Mu ya Allah..

Buat buku merah..yuuhuuuu
Pengalaman aku mengandung anak pertama ni, aku rasa lebih berdikari dan kuat semangat. Mana tak nya, aku kan berjauhan dengan Incik Suami. So, apa-apa pun jadi, aku bersendirian tak kira la check up ke klinik, pergi dan balik kerja pun dengan bas dan tetap bersendirian. Pernah jugaklah orang tak pernah bagi aku tempat duduk dalam bas padahal masa tu dah terang lagi bersuluh perut aku dah membesar dan menunjukkan aku ni tengah pregnant. Tapi, apakan daya penumpang-penumpang bas tersebut masing-masing 'sakit' dan mereka lebih memerlukan tempat duduk tu daripada aku, huhu...Tak pelah nak, ummi redha jerrr...

Aku beli buku ni dan catat setiap perkembangan baby. Untuk tatapan Incik Husband =)

Tapi Alhamdulillah, sepanjang mengandung ni memang langsung takde alahan pun. Sampaikan aku sendiri pelik dan was-was betul ke aku ni pregnant. Budak opis aku pun ada jugak yang mengandung dan dorang semua ada alahan. Muntah-muntah, pening dan selalu nak tidur memanjang. Macam aku ni terlampau aktif dorang cakap. Tapi bab makan aku memang juara. Yela, dah takde alahan kan, so semua makanan aku bedal dan nasib baik juga aku tak mengidam apa-apa makanan. Yang aku perasan, suami aku la mengidam. Dia teringin nak makan buah jambu batu merah.. Dah banyak tempat kitorang cari tapi susah betul nak dapat, yang dapat cuma airnya sahaja..huhu...
Buah ni la yang laki den mengidam kemain..hahaha
Kadang-kadang, timbul juga perasaan sedih bila tengok sesetengah wife pergi check up dengan bawa pasangan masing-masing untuk menemani. Aku tetap bersendirian. Walaupun aku berjauhan dengan suami tapi dia sentiasa ambil berat keadaanku kat sini, tak pernah lupa bila aku check up dan sentiasa mengingatkanku. Aku tetap bersyukur dan Tuhan menguji kami kerana Dia sayangkan kami =)

Tiap kali check up, benda yang paling tak sabar bila doktor nak scan baby dan baby dalam perut ummi ni dah start kick taw bermula 18 weeks hari tu..Terlalu excited..hehehe...Pernah pergi check up di Klinik An-Nisa' di Kota Bharu, bila aku balik ke sana. Teringin nak pergi dengan husband dan nak bagi dia tengok sendiri anak dia dalam rahimku. Masa scan, kebetulan mulut baby duk bergerak-gerak. Doktor cakap baby tengah makan dan tanya aku makan apa sebelum datang tadi. Kitorang breakfast Nasi Kerabu dan doktor cakap anak kami suka la tu Nasi Kerabu,hehehe..memang nampak jelas weh mulut baby duk tengah makan. Excited giler laki aku..hahaha..Sebab first time kan dia tengok baby duk bergerak-gerak aktif dan dia teman aku untuk check up..Aku pun turut seronok dan ada rasa sebak jugak la sebab kesian kt husband aku tak dapat tengok perkembangan anak dia tiap-tiap bulan dalam rahimku. Sama-sama bersabar yer sayang.


Masa ni 20weeks, scan di KK Putrajaya

Moment yang paling best adalah masa scan baby. tak sabar nak tengok perkembangan baby dalam rahim ummi..hehe.. Kalau boleh, hari-hari nak scan.. Tapi Klinik Kerajaan takde nya dapat scan selalu,huhu..Memang kena pergi swasta la tapi ongkosnya la pulak, huhu...Tiap kali scan, mesti aku akan ambil gambar dan tunjuk kat Incik husband, seronok sangat dia.


Masa ni pula 23weeks. 

Pic scan yang kat atas tu, masa ni baby dah 23 weeks. Kebetulan time ni balik Dungun, so saja-saja la nak pergi scan ke Klinik Raihan dan tadaaaaa... Nampak tak jantina baby? Nampak pistol kan..hehehe Baby sulung kami baby BOY.. Memang husband aku la yang paling gembira sebab memang dia nak sangat-sangat anak sulung dia biar BOY supaya dapat protect dan melindungi ummi dan adik-adik dia nanti. In sha Allah, amin3 =)

Masa ni husband dah siap-siap cari nama untuk cinta hati kami ni. Semoga awak membesar dengan sihat walafiat yer sayang. Ummi dan walid tak sabar menanti kamu keluar. Semoga dipermudahkan. Amin.......

Amin =)


Wednesday, April 6, 2016

Alhamdulillah....Berita Gembira Yang Dinantikan

Haaaaa.... Berita gembira apa agak nyer ekk...

Apa?? Fayyadh nak nak boleh adik lagi?? Nak dapat anak nombor dua ke???

NomNomNom...Ke situ pulak..huhuhu...Fayyadh tak sampai setahun lagi wehhh.. Bajet tahun 2015 baru nak pregnant balik, jika diizinkan Allah..amin3..hehe..Kita bagi Fayyadh besar dulu dan boleh berdikari sikit baru nak bagi dia adik k..

Okey..Berbalik kepada tajuk di atas.. Sebenarnya aku dah dapat BERTUKAR ke negeri suamiku yang tercinta, of course la KELANTAN...hehehe

Gembira yang amat dan sampai nangis2 kot huhu..



Kisahnya bermula begini.. Pada 28 Januari 2014, aku telah naik sendiri ke Jabatan Akauntan Negara Putrajaya untuk berjumpa dengan Pengarah (Bahagian Pertukaran) iaitu Puan Nik Hapsah. Sebelum tu aku dah buat appointmnet dulu la dengan pengarah dia.

Aku punya berdebar tu, Tuhan saja lah yang tahu..Nervous giler wehhh...Yela, macam2 dengar dari cerita orang...Yang dia tu garang lah, suka membebel la, kena tahan telinga la dan macam2 la kan..Tapi takpe, kita rilek2 je..Tarik nafas panjang2 huhu..

Lepastu PA dia pun panggil suruh masuk, sekali dengan Puan Aisyah (yang jaga pertukaran untuk Pembantu Akauntan). Masa aku dah masuk tu, terus Puan Nik panggil nama aku dan ambik Fail2 Negeri Terengganu, Kelantan dan Putajaya. Dia cakap.....

" Farrahana, awak tengok sendiri dalam fail ni, memang takde kekosongan pun di Kelantan. Negeri Kelantan memang hot sangat2, ramai orang nak balik sana..Ramai lagi orang sebelum awak yang minta nak balik sana, jadi kita kena ikut giliran dan buat masa ni memang takde kekosongan"

Pergghh...Tak sempat lagi aku nak buka mulut.. Dia dah 'tembak' aku.. Perkataan yang keluar tu macam peluru la, laju wehhh huhuhuhu..Takpe2, kita cool je..Ala, macam la kau tak pernah kan kena bebel dengan mak kau Farrah wehh...Kau rilek je..Bukan dia makan orang pun..Aku tenangkan diri aku sendiri..

Lepas Puan Nik dah habis cakap dan tunjuk bukti yang memang tiada kekosongan, giliran aku pula untuk buka mulut..Aku buka mulut cakap slow2 jela, macam waita melayu terakhir la sangat kan..hahaha..Aku beritahu la kat dia yang Kolej Matrikulasi Kelantan baru je buka, dan ada jawatan kosong untuk Pembantu Akauntan W17, jadi aku berhajat nak pergi sana la kan. Tapi, Puan Nik cakap tu untuk Pembantu Akauntan W22.

Aku explain lagi kat dia. Aku cakap aku dah pergi sendiri juga ke Kementerian Pendidikan (KPM) untuk mengesahkan tentang jawatan ni. Dan memang Bahagian Sumber Manusia beritahu sekarang ni memang kosong lagi jawatan tersebut di Kolej Matrikulasi Kelantan. Dan mereka sendiri suruh aku cepat2 mohon untuk mengisi jawatan tersebut sebab diorang nak pakai segera.

Tapi Puan Nik tetap cakap, masalahnya ramai lagi menanti dan mohon lagi awal, jadi dia kena dahulukan mereka dulu. Masa tu aku kecewa dan sedih, sebabnya yela aku yang berusaha cari kekosongan dan turun naik ke KPM dan JANM sendiri tapi macam takde hasil. Walaupun kecewa, aku cakap juga kat Puan Nik, kalau tak dapat balik ke Kelantan, tukarkan jela aku kat mana2 walaupun di Putrajaya juga.

Puan Nik terkejut dan tanya, kenapa pula nak keluar dari Mahkamah tu. Dan bermula di situ, aku pun cerita la macam-macam kisah 1001 kesedihan dan keterlukaan aku di sana (sedihhhh sangat la kunun, drama je lebih..huhu). Tapi kisah tu memang betul, cuma aku tak cerita detail la nanti kan ter 'aib' kan siapa-siapa pulak..huhu..Ditambah lagi aku berulang jauh dari Telok Panglima Garang ke Putrajaya (makan masa 1 jam) dan tol pergi balik RM7.40 dah kat situ.. Memang kos tinggi la utk tol dan minyak. So, aku nampak Puan Nik macam berlembut sikit dan dia cakap sedih pulak dengar kisah aku. Lagi 1, aku ada alasan yang memang terlalu kukuh dimana suami aku kan kerja bawah Kerajaan Negeri, so nak tak nak memang aku la yang kena mohon keluar mengikut suami..

Last sekali, Puan Nik minta aku bersabar dan cakap dia akn cuba ushakan tapi apa-apa pun aku still juga kena tunggu giliran. Takpela, masa tu aku redha dan lega sebab dapat meluahkan perasaan kepada beliau..huhu..Apa-apa pun aku berserah dan kalau ada rezeki, pasti tak kemana kan.. =)

Kemudian, pada 3 Februari 2014...Tiba-tiba aku dapat panggilan telefon daripada AG Putrajaya dan cakap dia dari bahagian pertukaran. Dia minta aku pergi ke AG untuk ambil surat. Aku pun tanya la surat apa. Dia cakap surat bertukar ke Kelantan dan dia ucapkan tahniah kat aku... OMG!!!! Menggigil kot tangan aku masa tu..Waktu tu juga air mata aku mengalir. Rasa terlalu gembira dan terharu sangat-sangat. Aku pun terus pergi ke surau dan buat sujud syukur..Aku bersyukur sangat-sangat sebab Tuhan mendengar dan makbulkan doa aku.. Lepas tu, aku pergi kat kakak opis aku iaitu Kak Sya..Aku menangis kat dia. Dia macam terpinga-pinga la kan. Dah kenapa aku menangis pulak..huhu..Aku pun cakap kat dia yang aku dah dapat tukar ke Kelantan..Dia pun peluk aku dan menangis jugak..Dia ucap tahniah kat aku dan penantian aku dah berakhir...


Aku pun pergi ke AG dan berjumpa dengan Puan Aisyah untuk mengambil surat pertukaran tersebut.. Dia cakap pada mulanya orang lain yang dapat tapi budak tu tolak sebab suami dia dapat bertukar dan pergi kat dia.. Ya Allah syukur sangat-sangat sebab kali ni memang rezeki aku. Lepas berjumpa dengan Puan Aisyah, aku pun pergi berjumpa dengan Puan Nik pula untuk berterima kasih dan dia pun tersenyum je tengok aku dan dia mengucapkan tahniah!!! Aku pun bersalam dan peluk dia sambil ucap terima kasih.Dia cakap dah rezeki aku dan dia harap aku akan lebih berjaya dan bekerja elok-elok di Kelantan nanti.




Akhirnya, penantian aku berakhir dan inilah berita paling gembira antara yang pernah aku pernah alami. Syukran Ya Allah !!!
                                                                                                                                                         

I'm Pregnant !!!!!!

Assalamualaikum ...

Haaa...Teruja tak dengan tajuk di atas tu........YES!! I'M PREGNANT!!! Huwaaaa....Nak nangis bila tengok UPT tu ada dua line..hehehe..

Okey, cerita kali ini aku nak share about my pregnancy.. Sebenarnya masa kahwin ritu aku tengah dalam period, so ramai la cakap ni mesti nanti bunting pelamin..haha..Walaupun malu-malu masa tu kan tapi siapa la tak nak mengandung betul tak? Jadi aku dan suami tak kisah jika dikurniakan anak secepat yang mungkin. Kami lagi suka..hehehe

Tapi sebulan lepas kahwin masih tak lekat lagi walaupun masa tu period tak datang lagi..Ala lewat 2 hari je pun..Agak kecewa sebenarnya tapi my mom cakap ala baru lagi, honeymun dulu..hehe..Takpe, kita cuba lagi hehe..Lagipun kami kan PJJ so kebarangkalian nak lekat cepat tu nampak macam tak mungkin la kan..huhu

Pada bulan kedua kami sebagai suami isteri, masa tu bulan puasa. Time ni giliran aku balik ke Kelantan. Menyambut puasa tahun 2012 sebagai suami isteri dan berkumpul berama-ramai dengan saudara-mara sebelah suami. Ada 1 hari tu, kami keluar ke Tesco untuk beli barang dan bila tiba waktu Asar, kami pun pergi solat. Masa tu aku selesai solat awal,  so aku ambik keputusan nak pergi ke Watson dulu untuk beli UPT tanpa pengetahuan suami tercinta..hehehe..Sebab masa tu aku dah lewat period 3 hari. Fuhhh harap-harap ada rezeki kali ni.

Dalam pukul 10.00 malam kami sampai rumah. Masa nak mandi, aku bawak sekali UPT tu..sorok-sorok dalam tuala hehe.. Tak nak bagi laki perasan la...huhu.. Lepas dah test tu, aku pun letak tepi kejap. Gosok gigi dan mandi dulu. Kemudian, masa nak check..Punya lah nerves..Seram sejuk je rasa. Bila ambik dan tengok..Aiseyyhhhh...ku kuciwaaaaa...Hanya ada 1 line sahaja..1 LINE OK!!!! Erm, masa tu pasrah lagi. Tak pe la, Tuhan tak bagi rezeki lagi. Masa tu tak ada lah sedih sangat sebab aku rasa maybe baru 2 bulan kan kahwin, so panjang lagi perjalanan kami...huhu

Tapi aku terfikir mana nak buang UPT ni, bukan apa takut incik hubby nampak je. Aku tak nak la tunjuk kat dia kan. Jadi, aku simpan dalam beg dan bawa balik ke Putrajaya. Al-kisahnya, masa kat rumah sewa aku di Putrajaya, aku nak buang la UPT tu..Tapi sebelum buang tu tiba-tiba rasa terdetik di hati nak tengok semula. Dan jeng jeng jeng..Aku nampak macam ada line yang kedua tapi kabur yang amat..Confused jap...huhuhu

Haaa...Nampak tak line kedua tu..Kabur kan

Aku memang tertanya-tanya.. So, bila aku pergi ke opis keesokan harinya, aku pun tunjuk la UPT tu kat akak opis aku iaitu Kak Intan. Dia pun terkejut dan terus ajak aku pergi Guardian untuk pastikan result UPT tu. Aku pun ikut jela. Masa tu memang tawakal je dan tak nak berharap tapi aku tengok Kak Intan pulak yang macam excited..hehehe.. Lepas beli tu, kak Intan suruh aku buang ai terus sebab dia nak tengok result. Dan hasilnya......Tadaaaaaaaaaaaa =)

Nampak terang line yang kedua tu

Alhamdulillah....Seriously, memang aku macam nak nangis.. Dah bercambah rupanya benih cinta kami suami isteri di dalam rahimku.. Syukran Ya Allah!!! 

Tapi aku tak terus beritahu kat Incik Suami.. Aku pergi dulu ke Klinik lepas balik kerja. Kak Intan suruh confirmkan dulu and then baru beritahu kat Mie.. Then, kat klinik bila aku buat test UPT tu, ternyata memang naik dua line tu..Tapi doktor cakap masih awal lagi dalam 4 weeks camtu sebab aku pun baru dua tiga hari camtu lewat, tak datang lagi period.

Malam tu, baru aku beritahu kat Incik Suami. Aku cerita dari A sampai Z macam yang aku cerita kat atas tu...hehehe..Dan dia cakap yang memang dia dah agak aku pergi beli UPT kat Watso masa pergi Tesco tu sebab dia pun tahu yang aku lewat period dah time tu..Cayaaa lahhh hehehe..Dan sememangnya dia tersangat2 lah gembira sebab bakal mendapat zuriat yang pertama. Kami tak kisah anak lelaki atau perempuan, asalkan anak yang bakal lahir ni akan menjadi anak yang soleh dan solehah =)

Amin..Amin...Amin...






Perkahwinan Jarak Jauh

Assalamualaikum W.B.T


Rasa macam dah bertahun-tahun lamanya aku tak update blog. Yes!! Terlalu lama..hukhukhuk.. Almaklum lah semenjak dah bergelar isteri dan ibu, masa untuk berhaha berhuhu tu dah habis..sobsobsob..

Last aku update, untuk entry pernikahan aku hari tu kan. Punyalah lama sampaikan sekarang ni dah ada anak dua dah Farra ooiii..hahaha

Tapi takpe..Ini blog aku yang punya, So suka hati lah kan nak update or tak..Lagipun bukan ada orang baca pun dan bukan aku ada follower pn.,.Cisss...Sadis betul ayat kau Mem Farra wehhh... :P

Ok2..Berbalik kepada tajuk di atas, kali ni aku nak share tentang pengalaman Perkahwinan Jarak Jauh  (PJJ) aku.. Sambungan la ni konon2 nya..hehehe

Aku bernikah pada 1 Jun 2012 (dah hampir 4 tahun pun). Aku bekerja sebagai penjawat awam di Putrajaya manakala my hubby pula bekerja sebagai penjawat awam di Negeri Kelantan (Kerajaan Negeri). So, after kahwin tu, kami tinggal berjauhan. Tapi dah biasa sebabnya masa bercintan-cintun dulu pun kami dah PJJ jugak huhu..Cuma kali ni berlainan sikit sebabnya dah rasmi sebagai suami isteri kan, so perasaan tu ada lain macam sikit la..Sedih, rindu tu memang setiap saat ada. Giler tak rindu, suami kottt...huhuhu




Perkahwinan Jarak Jauh (PJJ) bukan semudah disangka dan bukan juga se-payah dijangka.. Orang tua-tua cakap.. pokok pangkal pada HATI. Kita yang mencorakkan hidup kita. So, jangan pikir teruk-teruk. =)

Aku & Incik somi tak penah terdetik sedikit pon dihati ni (walaupon sebesar kuman) nak PJJ nih.. Sapa yang suka ? Dah kahwin still balik rumah sepi.. Tak de orang nak buat lawak dengan kita, nak gaduh dengan kita..Tapi semua ni kami terpaksa harungi...Suka tak suka memang kena suka.. Dah jalan ni yang terpaksa kami pilih.. Susah payah memang kena hadapi la, betul tak?

Kepada yang sedang ber'PJJ' nih.. Kunci segala kata adalah SABAR. Tapi aku paham, kadang-kadang bila tengok suami isteri yang duduk sekali ni.. Nampak suami hantar isteri pergi kerja, terdetik rasa cemburu. Yea lah.. Kita tak merasa.. huhuhu

Lepastu bila balik rumah, rumah sepi, tak de orang nak bergaduh (gaduh manja)  bosan jugak la.. Kadang-kadang aku balik kerja je terus tumbangkan badan. Masak pun jarang-jarang. Beli yang dah siap or terus tak makan or makan kenyang2 kat opis..hehehe

Waktu paling sedih, bila Husband tiada disisi.. Waktu ko sakit...Alah, tak payah nak pikir sakit yang teruk-teruk.. Ko pening sikit je, dah sedih. sedihhh amat ! Yea la.. Manja lebih.. Nak kan perhatian.. Kata dah ada Husband kan ? Menangis teresak-esak macam sakit yang amat. Padahal, pening sikit je. Emosi punye pasal.. Sampai kesian la kat husband aku masa tu.. Susah hati isteri terchentaa sakittt.. hahaha ! Bila dah ada Husband, dari awal kahwin, memang dok PJJ.. Tahap manja tu memang super duper extra. Dengan sapa lagi nak manja woiii kalau bukan dengan laki sendiri...kannnn :P



Aku pun dah mohon tukar sejurus lepas aku dah bergelar status dari bujang ke dah berkahwin..hehe.. Dengan alasan mengikut suami.. Yea lah kan, suami aku kan berkhidmat dengan Kerajaan Negeri Kelantan. So, aku la yang kena follow dia. Dia mana boleh keluar dan ikut aku.. lagipun, tempat seorang isteri di sisi suami dan isteri kena ikut suami walau ke mana suami pergi...Ecececece...ayat kau, power la sangat...hahaha

Aku berharap semoga penantian utk PJJ ni akan segera berakhir. Tak sabar sabgat2 nak menanti untuk hidup bersama-sama. Takde guna kahwin kalau nak hidup berjauhan kan. Baik membujang je huhuhu

Ok lah, ni entry untuk kali ni.. Nanti ada masa, aku update lagi untuk cerita yang seterusnya..


Wassalam =)