cursor

Fruity Strawberry Heart

~~ anniversary ~~

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, April 6, 2016

Alhamdulillah....Berita Gembira Yang Dinantikan

Haaaaa.... Berita gembira apa agak nyer ekk...

Apa?? Fayyadh nak nak boleh adik lagi?? Nak dapat anak nombor dua ke???

NomNomNom...Ke situ pulak..huhuhu...Fayyadh tak sampai setahun lagi wehhh.. Bajet tahun 2015 baru nak pregnant balik, jika diizinkan Allah..amin3..hehe..Kita bagi Fayyadh besar dulu dan boleh berdikari sikit baru nak bagi dia adik k..

Okey..Berbalik kepada tajuk di atas.. Sebenarnya aku dah dapat BERTUKAR ke negeri suamiku yang tercinta, of course la KELANTAN...hehehe

Gembira yang amat dan sampai nangis2 kot huhu..



Kisahnya bermula begini.. Pada 28 Januari 2014, aku telah naik sendiri ke Jabatan Akauntan Negara Putrajaya untuk berjumpa dengan Pengarah (Bahagian Pertukaran) iaitu Puan Nik Hapsah. Sebelum tu aku dah buat appointmnet dulu la dengan pengarah dia.

Aku punya berdebar tu, Tuhan saja lah yang tahu..Nervous giler wehhh...Yela, macam2 dengar dari cerita orang...Yang dia tu garang lah, suka membebel la, kena tahan telinga la dan macam2 la kan..Tapi takpe, kita rilek2 je..Tarik nafas panjang2 huhu..

Lepastu PA dia pun panggil suruh masuk, sekali dengan Puan Aisyah (yang jaga pertukaran untuk Pembantu Akauntan). Masa aku dah masuk tu, terus Puan Nik panggil nama aku dan ambik Fail2 Negeri Terengganu, Kelantan dan Putajaya. Dia cakap.....

" Farrahana, awak tengok sendiri dalam fail ni, memang takde kekosongan pun di Kelantan. Negeri Kelantan memang hot sangat2, ramai orang nak balik sana..Ramai lagi orang sebelum awak yang minta nak balik sana, jadi kita kena ikut giliran dan buat masa ni memang takde kekosongan"

Pergghh...Tak sempat lagi aku nak buka mulut.. Dia dah 'tembak' aku.. Perkataan yang keluar tu macam peluru la, laju wehhh huhuhuhu..Takpe2, kita cool je..Ala, macam la kau tak pernah kan kena bebel dengan mak kau Farrah wehh...Kau rilek je..Bukan dia makan orang pun..Aku tenangkan diri aku sendiri..

Lepas Puan Nik dah habis cakap dan tunjuk bukti yang memang tiada kekosongan, giliran aku pula untuk buka mulut..Aku buka mulut cakap slow2 jela, macam waita melayu terakhir la sangat kan..hahaha..Aku beritahu la kat dia yang Kolej Matrikulasi Kelantan baru je buka, dan ada jawatan kosong untuk Pembantu Akauntan W17, jadi aku berhajat nak pergi sana la kan. Tapi, Puan Nik cakap tu untuk Pembantu Akauntan W22.

Aku explain lagi kat dia. Aku cakap aku dah pergi sendiri juga ke Kementerian Pendidikan (KPM) untuk mengesahkan tentang jawatan ni. Dan memang Bahagian Sumber Manusia beritahu sekarang ni memang kosong lagi jawatan tersebut di Kolej Matrikulasi Kelantan. Dan mereka sendiri suruh aku cepat2 mohon untuk mengisi jawatan tersebut sebab diorang nak pakai segera.

Tapi Puan Nik tetap cakap, masalahnya ramai lagi menanti dan mohon lagi awal, jadi dia kena dahulukan mereka dulu. Masa tu aku kecewa dan sedih, sebabnya yela aku yang berusaha cari kekosongan dan turun naik ke KPM dan JANM sendiri tapi macam takde hasil. Walaupun kecewa, aku cakap juga kat Puan Nik, kalau tak dapat balik ke Kelantan, tukarkan jela aku kat mana2 walaupun di Putrajaya juga.

Puan Nik terkejut dan tanya, kenapa pula nak keluar dari Mahkamah tu. Dan bermula di situ, aku pun cerita la macam-macam kisah 1001 kesedihan dan keterlukaan aku di sana (sedihhhh sangat la kunun, drama je lebih..huhu). Tapi kisah tu memang betul, cuma aku tak cerita detail la nanti kan ter 'aib' kan siapa-siapa pulak..huhu..Ditambah lagi aku berulang jauh dari Telok Panglima Garang ke Putrajaya (makan masa 1 jam) dan tol pergi balik RM7.40 dah kat situ.. Memang kos tinggi la utk tol dan minyak. So, aku nampak Puan Nik macam berlembut sikit dan dia cakap sedih pulak dengar kisah aku. Lagi 1, aku ada alasan yang memang terlalu kukuh dimana suami aku kan kerja bawah Kerajaan Negeri, so nak tak nak memang aku la yang kena mohon keluar mengikut suami..

Last sekali, Puan Nik minta aku bersabar dan cakap dia akn cuba ushakan tapi apa-apa pun aku still juga kena tunggu giliran. Takpela, masa tu aku redha dan lega sebab dapat meluahkan perasaan kepada beliau..huhu..Apa-apa pun aku berserah dan kalau ada rezeki, pasti tak kemana kan.. =)

Kemudian, pada 3 Februari 2014...Tiba-tiba aku dapat panggilan telefon daripada AG Putrajaya dan cakap dia dari bahagian pertukaran. Dia minta aku pergi ke AG untuk ambil surat. Aku pun tanya la surat apa. Dia cakap surat bertukar ke Kelantan dan dia ucapkan tahniah kat aku... OMG!!!! Menggigil kot tangan aku masa tu..Waktu tu juga air mata aku mengalir. Rasa terlalu gembira dan terharu sangat-sangat. Aku pun terus pergi ke surau dan buat sujud syukur..Aku bersyukur sangat-sangat sebab Tuhan mendengar dan makbulkan doa aku.. Lepas tu, aku pergi kat kakak opis aku iaitu Kak Sya..Aku menangis kat dia. Dia macam terpinga-pinga la kan. Dah kenapa aku menangis pulak..huhu..Aku pun cakap kat dia yang aku dah dapat tukar ke Kelantan..Dia pun peluk aku dan menangis jugak..Dia ucap tahniah kat aku dan penantian aku dah berakhir...


Aku pun pergi ke AG dan berjumpa dengan Puan Aisyah untuk mengambil surat pertukaran tersebut.. Dia cakap pada mulanya orang lain yang dapat tapi budak tu tolak sebab suami dia dapat bertukar dan pergi kat dia.. Ya Allah syukur sangat-sangat sebab kali ni memang rezeki aku. Lepas berjumpa dengan Puan Aisyah, aku pun pergi berjumpa dengan Puan Nik pula untuk berterima kasih dan dia pun tersenyum je tengok aku dan dia mengucapkan tahniah!!! Aku pun bersalam dan peluk dia sambil ucap terima kasih.Dia cakap dah rezeki aku dan dia harap aku akan lebih berjaya dan bekerja elok-elok di Kelantan nanti.




Akhirnya, penantian aku berakhir dan inilah berita paling gembira antara yang pernah aku pernah alami. Syukran Ya Allah !!!
                                                                                                                                                         

No comments:

Post a Comment