cursor

Fruity Strawberry Heart

~~ anniversary ~~

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, April 6, 2016

I'm Pregnant !!!!!!

Assalamualaikum ...

Haaa...Teruja tak dengan tajuk di atas tu........YES!! I'M PREGNANT!!! Huwaaaa....Nak nangis bila tengok UPT tu ada dua line..hehehe..

Okey, cerita kali ini aku nak share about my pregnancy.. Sebenarnya masa kahwin ritu aku tengah dalam period, so ramai la cakap ni mesti nanti bunting pelamin..haha..Walaupun malu-malu masa tu kan tapi siapa la tak nak mengandung betul tak? Jadi aku dan suami tak kisah jika dikurniakan anak secepat yang mungkin. Kami lagi suka..hehehe

Tapi sebulan lepas kahwin masih tak lekat lagi walaupun masa tu period tak datang lagi..Ala lewat 2 hari je pun..Agak kecewa sebenarnya tapi my mom cakap ala baru lagi, honeymun dulu..hehe..Takpe, kita cuba lagi hehe..Lagipun kami kan PJJ so kebarangkalian nak lekat cepat tu nampak macam tak mungkin la kan..huhu

Pada bulan kedua kami sebagai suami isteri, masa tu bulan puasa. Time ni giliran aku balik ke Kelantan. Menyambut puasa tahun 2012 sebagai suami isteri dan berkumpul berama-ramai dengan saudara-mara sebelah suami. Ada 1 hari tu, kami keluar ke Tesco untuk beli barang dan bila tiba waktu Asar, kami pun pergi solat. Masa tu aku selesai solat awal,  so aku ambik keputusan nak pergi ke Watson dulu untuk beli UPT tanpa pengetahuan suami tercinta..hehehe..Sebab masa tu aku dah lewat period 3 hari. Fuhhh harap-harap ada rezeki kali ni.

Dalam pukul 10.00 malam kami sampai rumah. Masa nak mandi, aku bawak sekali UPT tu..sorok-sorok dalam tuala hehe.. Tak nak bagi laki perasan la...huhu.. Lepas dah test tu, aku pun letak tepi kejap. Gosok gigi dan mandi dulu. Kemudian, masa nak check..Punya lah nerves..Seram sejuk je rasa. Bila ambik dan tengok..Aiseyyhhhh...ku kuciwaaaaa...Hanya ada 1 line sahaja..1 LINE OK!!!! Erm, masa tu pasrah lagi. Tak pe la, Tuhan tak bagi rezeki lagi. Masa tu tak ada lah sedih sangat sebab aku rasa maybe baru 2 bulan kan kahwin, so panjang lagi perjalanan kami...huhu

Tapi aku terfikir mana nak buang UPT ni, bukan apa takut incik hubby nampak je. Aku tak nak la tunjuk kat dia kan. Jadi, aku simpan dalam beg dan bawa balik ke Putrajaya. Al-kisahnya, masa kat rumah sewa aku di Putrajaya, aku nak buang la UPT tu..Tapi sebelum buang tu tiba-tiba rasa terdetik di hati nak tengok semula. Dan jeng jeng jeng..Aku nampak macam ada line yang kedua tapi kabur yang amat..Confused jap...huhuhu

Haaa...Nampak tak line kedua tu..Kabur kan

Aku memang tertanya-tanya.. So, bila aku pergi ke opis keesokan harinya, aku pun tunjuk la UPT tu kat akak opis aku iaitu Kak Intan. Dia pun terkejut dan terus ajak aku pergi Guardian untuk pastikan result UPT tu. Aku pun ikut jela. Masa tu memang tawakal je dan tak nak berharap tapi aku tengok Kak Intan pulak yang macam excited..hehehe.. Lepas beli tu, kak Intan suruh aku buang ai terus sebab dia nak tengok result. Dan hasilnya......Tadaaaaaaaaaaaa =)

Nampak terang line yang kedua tu

Alhamdulillah....Seriously, memang aku macam nak nangis.. Dah bercambah rupanya benih cinta kami suami isteri di dalam rahimku.. Syukran Ya Allah!!! 

Tapi aku tak terus beritahu kat Incik Suami.. Aku pergi dulu ke Klinik lepas balik kerja. Kak Intan suruh confirmkan dulu and then baru beritahu kat Mie.. Then, kat klinik bila aku buat test UPT tu, ternyata memang naik dua line tu..Tapi doktor cakap masih awal lagi dalam 4 weeks camtu sebab aku pun baru dua tiga hari camtu lewat, tak datang lagi period.

Malam tu, baru aku beritahu kat Incik Suami. Aku cerita dari A sampai Z macam yang aku cerita kat atas tu...hehehe..Dan dia cakap yang memang dia dah agak aku pergi beli UPT kat Watso masa pergi Tesco tu sebab dia pun tahu yang aku lewat period dah time tu..Cayaaa lahhh hehehe..Dan sememangnya dia tersangat2 lah gembira sebab bakal mendapat zuriat yang pertama. Kami tak kisah anak lelaki atau perempuan, asalkan anak yang bakal lahir ni akan menjadi anak yang soleh dan solehah =)

Amin..Amin...Amin...






No comments:

Post a Comment