cursor

Fruity Strawberry Heart

~~ anniversary ~~

Daisypath Anniversary tickers

Sunday, April 10, 2016

Barang-Barang Baby - My Baby Boy

Assalamualaikum,


Bila kandungan dah masuk 6 bulan, slow-slow aku dan hubby start beli keperluan baby. Beli sikit-sikit dan takde la kelam kabut sangat nanti. Excited tu memang la excited kan tambah-tambah bila dah tahu yang kami akan dapat baby boy. Tapi kami still beli baju-baju Unisex punya dan kaler yang pelbagai. Bukan apa, untuk adik-adik dia jugak nanti (ececece, planning nak ramai anak ni weh..haha)

Untuk makluman, Incik Hubby aku ni memang peminat tegar Doraemon. Dia beli barang-barang untuk hero dia ni semua berasakan Doraemon. Dari tilam baby sehinggalah baju, topi, selimut dan macam-macam lagi lah. Barut pun dia beli Doraemon punya jugak taw beserta sekali dengan mandian..aduuiii la..masakkkk hahaha...

Haaa...Tengok..Tengok...Semua Doraemon..huhu

Sampaikan mak dan ayah aku cakap "Kakyu punya laki ni macam budak-budak. Habis anak jadi Doraemon"..hehehe.. Tapi bila belek dan tilik-tilik, comel jugak Doraemon pun..heahaha..

Comel kan.. Nanti anak aku minat Doraemon jugak la jawabnya huhu

Macam-macam nak beli untuk anak yang bakal lahir nanti. maklumlah, anak first. So, perasaan dia tu lain macam sikit. EXCITED!!!! Tambah-tambah anak kami yang bakal lahir nanti merupakan cucu sulung belah laki aku dan juga aku. HERO pulak tu. =)

Yang ni MY BFF yang belikan. Ada color pink tak tahan tu, hehe
Cari beg color merah/biru/purple..Tapi semua xde stok. So, ambik jela coklat pun..huhu
Yang ni dah siap dibasuh.
Turut beli 10 botol susu untuk dibuat stok EBM..Harap-harap Istiqamah..huhuhu
Antara pakaian yang dibeli

Itulah antara barang-barang keperluan baby yang kami beli. Ada lagi tapi tak snap pic..hehe.. 

Ok, lah.. Cukup di sini sahaja entry kali ni. Tiba-tiba datang mud mengantuk pulak..So, tak banyak sangat bercerita kali ni. Sekadar upload pic barang-barang dan baju baby sahaja.

Nak rest dan tidur jap.... ZzzZZzzZzzz..

jumpa lagi di next entry...Wassalam =)







No comments:

Post a Comment