cursor

Fruity Strawberry Heart

~~ anniversary ~~

Daisypath Anniversary tickers

Sunday, April 10, 2016

Pengalaman Mengandung Anak Pertama

Assalamualaikum,


Alhamdulillah again and again untuk nikmat yang tidak terhingga yang diberi oleh Allah SWT ini. Siapa sangka aku berkesempatan untuk menikmati dan merasai keindahan mengandung ini? Sungguh aku mengakui kebesaran Mu ya Allah..

Buat buku merah..yuuhuuuu
Pengalaman aku mengandung anak pertama ni, aku rasa lebih berdikari dan kuat semangat. Mana tak nya, aku kan berjauhan dengan Incik Suami. So, apa-apa pun jadi, aku bersendirian tak kira la check up ke klinik, pergi dan balik kerja pun dengan bas dan tetap bersendirian. Pernah jugaklah orang tak pernah bagi aku tempat duduk dalam bas padahal masa tu dah terang lagi bersuluh perut aku dah membesar dan menunjukkan aku ni tengah pregnant. Tapi, apakan daya penumpang-penumpang bas tersebut masing-masing 'sakit' dan mereka lebih memerlukan tempat duduk tu daripada aku, huhu...Tak pelah nak, ummi redha jerrr...

Aku beli buku ni dan catat setiap perkembangan baby. Untuk tatapan Incik Husband =)

Tapi Alhamdulillah, sepanjang mengandung ni memang langsung takde alahan pun. Sampaikan aku sendiri pelik dan was-was betul ke aku ni pregnant. Budak opis aku pun ada jugak yang mengandung dan dorang semua ada alahan. Muntah-muntah, pening dan selalu nak tidur memanjang. Macam aku ni terlampau aktif dorang cakap. Tapi bab makan aku memang juara. Yela, dah takde alahan kan, so semua makanan aku bedal dan nasib baik juga aku tak mengidam apa-apa makanan. Yang aku perasan, suami aku la mengidam. Dia teringin nak makan buah jambu batu merah.. Dah banyak tempat kitorang cari tapi susah betul nak dapat, yang dapat cuma airnya sahaja..huhu...
Buah ni la yang laki den mengidam kemain..hahaha
Kadang-kadang, timbul juga perasaan sedih bila tengok sesetengah wife pergi check up dengan bawa pasangan masing-masing untuk menemani. Aku tetap bersendirian. Walaupun aku berjauhan dengan suami tapi dia sentiasa ambil berat keadaanku kat sini, tak pernah lupa bila aku check up dan sentiasa mengingatkanku. Aku tetap bersyukur dan Tuhan menguji kami kerana Dia sayangkan kami =)

Tiap kali check up, benda yang paling tak sabar bila doktor nak scan baby dan baby dalam perut ummi ni dah start kick taw bermula 18 weeks hari tu..Terlalu excited..hehehe...Pernah pergi check up di Klinik An-Nisa' di Kota Bharu, bila aku balik ke sana. Teringin nak pergi dengan husband dan nak bagi dia tengok sendiri anak dia dalam rahimku. Masa scan, kebetulan mulut baby duk bergerak-gerak. Doktor cakap baby tengah makan dan tanya aku makan apa sebelum datang tadi. Kitorang breakfast Nasi Kerabu dan doktor cakap anak kami suka la tu Nasi Kerabu,hehehe..memang nampak jelas weh mulut baby duk tengah makan. Excited giler laki aku..hahaha..Sebab first time kan dia tengok baby duk bergerak-gerak aktif dan dia teman aku untuk check up..Aku pun turut seronok dan ada rasa sebak jugak la sebab kesian kt husband aku tak dapat tengok perkembangan anak dia tiap-tiap bulan dalam rahimku. Sama-sama bersabar yer sayang.


Masa ni 20weeks, scan di KK Putrajaya

Moment yang paling best adalah masa scan baby. tak sabar nak tengok perkembangan baby dalam rahim ummi..hehe.. Kalau boleh, hari-hari nak scan.. Tapi Klinik Kerajaan takde nya dapat scan selalu,huhu..Memang kena pergi swasta la tapi ongkosnya la pulak, huhu...Tiap kali scan, mesti aku akan ambil gambar dan tunjuk kat Incik husband, seronok sangat dia.


Masa ni pula 23weeks. 

Pic scan yang kat atas tu, masa ni baby dah 23 weeks. Kebetulan time ni balik Dungun, so saja-saja la nak pergi scan ke Klinik Raihan dan tadaaaaa... Nampak tak jantina baby? Nampak pistol kan..hehehe Baby sulung kami baby BOY.. Memang husband aku la yang paling gembira sebab memang dia nak sangat-sangat anak sulung dia biar BOY supaya dapat protect dan melindungi ummi dan adik-adik dia nanti. In sha Allah, amin3 =)

Masa ni husband dah siap-siap cari nama untuk cinta hati kami ni. Semoga awak membesar dengan sihat walafiat yer sayang. Ummi dan walid tak sabar menanti kamu keluar. Semoga dipermudahkan. Amin.......

Amin =)


No comments:

Post a Comment